Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

NAP 2020 perlihat konsistensi dasar kerajaan untuk ekosistem automotif negara

  • Published in Ekonomi

 

RAWANG, 22 Feb - Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) memperlihatkan konsistensi dasar kerajaan untuk membawa ekosistem automotif Malaysia ke peringkat seterusnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menerusi satu kenyataan media berkata ini dapat dilihat menerusi sokongan berterusan terhadap pembuatan dan pengeluaran komponen tempatan

Jelas beliau, dalam tempoh 10 tahun Perodua telah membeli komponen berjumlah RM43.5 bilion daripada pembekal tempatan.

Tahun ini pula syarikat itu dijangka membelanjakan hampir RM6 bilion untuk pembelian komponen.

Komitmen kerajaan untuk meneruskan program Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) juga disambut baik Perodua.

Ketika ini syarikat itu mengeluarkan dan menjual lebih 800 ribu unit EEV.