Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Kempen beli barangan Malaysia terus dipergiat

  • Published in Ekonomi

BIDOR - Kempen beli barangan keluaran Malaysia akan terus dipergiat termasuk di luar negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia terbukti menerusi beberapa inisiatif yang berjaya menampakkan hasil positif.

Antara langkah yang telah dijalankan ialah pameran dan pesta jualan secara berkala, promosi untuk memperkenal produk tempatan di seluruh dunia, dan kolaborasi bersama syarikat e-dagang serta penerbangan antara usaha yang dilakukan.

Terdahulu beliau merasmikan program penanaman pokok Persahabatan Malaysia -Jepun sempena ulang tahun ke 35 AEON di Bidor Perak.