Saturday, April 4, 2020

updated 11:59 AM UTC, Apr 4, 2020

IHP catat peningkatan bagi ketegori barang dan perkhidmatan

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 21 Feb - Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.6 peratus kepada 122.4 Januari ini, berbanding 120.5 pada bulan sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataannya berkata 552 item bagi kategori barangan dan perkhidmatan diambil kira dalam Indeks itu.

Daripada jumlah itu 353 item menunjukkan peningkatan, 146 item catat penurunan manakala 53 item tidak berubah.

Kenaikan indeks keseluruhan ini didorong kenaikan pengangkutan pada 3.9 peratus, pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.5 peratus), Perumahan Air Elektrik Gas dan Bahan Api Lain serta pendidikan masing -masing 1.7 peratus dan Komunikasi (1.5 peratus)

Tiga negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunjukkan kenaikan melepasi paras IHP nasional 1.6 peratus pada Januari 2020, berbanding bulan sama tahun sebelumnya.