Saturday, April 4, 2020

updated 11:59 AM UTC, Apr 4, 2020

Kadar pengangguran di Malaysia catat 3.2 peratus setakat 31 Dis 2019

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 21 Feb - Kadar pengangguran di Malaysia dicatatkan 3.2 peratus setakat 31 Disember tahun lepas.

Namun, kadar itu disifatkan tidak terlalu tinggi kerana hanya 10 hingga 20 peratus daripada jumlah itu menganggur melebihi 6 bulan.

Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin memaklumkan tarifan pada suku keempat tahun 2019 itu diambil daripada jumlah 19 juta penduduk dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun yang berada dalam pasaran buruh.

Daripada jumlah itu, hanya 510,000 sahaja penganggur.

Mereka terdiri daripada yang masih belajar, tidak menawarkan diri untuk bekerja ataupun menjadi suri rumah, dan yang telah bersara.

Beliau menyatakan perkara itu selepas merasmikan ‘14 volumes of the 728 papers’ proceeding at the 62nd ISI World Statistic Congress (WSC) 2019 di Ibu Negara.