Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Kaedah transaksi tanpa tunai meletakkan Malaysia di landasan tepat, dalam usaha mencapai kecekapan ekonomi

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Kaedah transaksi tanpa tunai meletakkan Malaysia di landasan tepat, dalam usaha mencapai kecekapan ekonomi.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, objektif itu mampu dicapai, berikutan peningkatan kadar penembusan perniagaan dalam talian dan perbankan mudah alih, kad elektronik dan e-dompet.

Mengulas lanjut Guan Eng berkata, pendigitalan, persaingan dan inovasi telah membawa Malaysia ke arah transformasi sistem pembayaran secara signifikan selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini dizahir melalui tahap pembayaran mudahalih yang meningkat kepada 34 juta transaksi pada 2018 berbanding hanya di bawah 2 juta transaksi pada 2017.

Guan Eng menjelaskan samaada Malaysia berubah kepada Revolusi Industri 4.0 atau kita akan ketinggalan.

Mengikut maklumat International Data Corporation, IDC, mereka menjangkakan menjelang 2022 GDP negara akan meningkat 21 peratus berbanding pada masa kini 18 peratus.

Malah Guan Eng turut menggalakkan lebih banyak peruncit beralih kepada kaedah perniagaan e-dagang dan e-dompet.

Ia bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kaedah berbelanja lebih mudah, selamat dan boleh dipercayai selain transaksi secara tunai.

Beliau melancarkan 1 Utama 1Pay e-dompet dan laman web beli belah dalam talian ONESHOP.com.my.