Saturday, April 4, 2020

updated 11:45 AM UTC, Apr 4, 2020

Lebih banyak kiosk makanan dan minuman akan dibuka di Putrajaya

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 20 Feb - Kementerian Wilayah Persekutuan merancang untuk membuka lebih banyak kiosk jualan makanan dan minuman di Putrajaya berbanding hanya 3 ketika ini.

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pembukaan itu diharap dapat merangsang ekonomi peniaga-peniaga bumiputera selain memastikan perniagaan dijalankan secara lebih teratur.

Khalid memaklumkan perkara itu selepas merasmikan Kiosk@11 yang mula beroperasi sejak 15 Februari lalu di Presint 11.

Ia menyediakan 12 ruang niaga untuk jualan aneka makanan dan minuman berkonsepkan "Grab n Go".

Kiosk seumpamanya merupakan ketiga dibuka selepas Kiosk D'Harmoni di Presint 9 dan Kiosk D'Belian di Presint 14.