Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Celcom Axiata Berhad tidak terjejas selepas rundingan penggabungan antara syarikat induknya, Axiata Group Berhad dan Telenor ASA ditamatkan.

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Operasi perniagaan syarikat telekomunikasi, Celcom Axiata Berhad tidak terjejas selepas rundingan penggabungan antara syarikat induknya, Axiata Group Berhad dan Telenor ASA ditamatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Idham Nawawi menjelaskan, aktiviti perniagaan tetap seperti biasa dan Celcom sentiasa memberi tumpuan kepada pasaran dan pengenalan produk baharu dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan pendapatan.

Mengulas trend penggabungan syarikat telekomunikasi susulan persaingan yang semakin sengit, jelasnya ia berlaku di seluruh dunia ketika ini, dengan setiap pasaran mempunyai tiga atau maksimum empat pengendali.

Jelasnya, Malaysia yang mempunyai populasi lebih 30 juta ketika ini, merekodkan kadar penembusan mudah alih pada 130 peratus.

Beliau berkata demikian selepas taklimat Prestasi Perniagaan Celcom bagi tahun berakhir Disember 2019.