Saturday, April 4, 2020

updated 11:45 AM UTC, Apr 4, 2020

Program Biodiesel B20 mampu tingkat permintaan domestik minyak sawit mentah

  • Published in Ekonomi

 

ANGKASAPURI, 19 Feb - Pelaksanaan Program Biodiesel B20 mampu meningkatkan permintaan domestik terhadap minyak sawit mentah (MSM).

Jelas Penganalisis Ekonomi, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ia mampu menyelesaikan masalah stok simpanan MSM yang berlebihan sekaligus mengukuhkan harga komoditi tersebut.

Beliau mengulas langkah kerajaan memperkenalkan Program Biodiesel B20 yang dijangka dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, esok.

Kenaikan harga MSM mampu memanfaatkan pekebun kecil yang memiliki 40% daripada ladang kelapa sawit di negara ini.

Ketika ini harga MSM diniagakan di antara RM2,700 dan RM2,800 satu tan.