Saturday, April 4, 2020

updated 10:38 AM UTC, Apr 4, 2020

Anggota APEC perlu terima perubahan hadapi isu global semasa

  • Published in Ekonomi

 

PUTRAJAYA, 19 Feb - Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu sedia menerima perubahan dalam menghadapi isu global semasa, terutamanya cabaran ekonomi digital.

Jelas Pengarah Eksekutif, Sekretariat APEC 2020 Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria, ia menjadi fokus penting dalam sesi Dialog Multi-Stakeholder (MSD).

Beliau berkata demikian selepas penutupan Dialog MSD di Putrajaya.

Dalam pada itu Tan Sri Dr. Rebecca berkata Malaysia menekankan kepentingan konsep kemakmuran bersama dalam penganjuran APEC tahun ini.

Jelasnya, walaupun fokus APEC tertumpu terhadap usaha meningkatkan perdagangan dan mempelbagaikan pelaburan namun ia juga perlulah mendatangkan manfaat kepada masyarakat.