Logo

Geran padanan pendigitalan galak PKS digitalkan proses perniagaan

CYBERJAYA, 17 Feb - RM500 juta geran padanan pendigitalan disediakan selama 5 tahun untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendigitalkan proses perniagaan mereka.

Jelas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, PKS boleh melanggan perkhidmatan digital dengan kos pembiayaan 50% sehingga RM5,000.

Inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 lalu itu merupakan usaha kerajaan membantu usahawan mempertingkat mutu perniagaan melalui teknologi terkini dan perkhidmatan pendigitalan operasi perniagaan mereka.

Bank Simpanan Nasional (BSN) dilantik sebagai peneraju utama bagi menyalurkan geran padanan dari Kementerian Kewangan kepada (PKS).

BSN menjalin kerjasama strategik dengan Kumpulan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Beliau berkata demikian pada perasmian Majlis Kolaborasi Strategik antara BSN, SME Bank dan MDEC.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.