Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Proton Bakal Lancar SUV Baharu

  • Published in Ekonomi

SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd akan melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) berdasarkan model terbaharu Geely Boyue, menjelang suku ke empat tahun ini.

Harganya setanding Honda CR-V dan Nissan X-Trail.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, SUV itu dijangka dilancarkan pada September atau Oktober ini, memandangkan ia masa kira-kira 18 bulan, untuk direkabentuk.

Beliau ditemui media, pada Majlis Pelancaran Setia Gemilang Auto Sdn Bhd di Shah Alam.

Setia Gemilang Auto Cawangan Pengedar Proton 4S pertama di Malaysia.

((RTM))