Logo

Moody's Kekalkan Penarafan - Bukti Ekonomi Malaysia Di Landasan Baik

Kuala Lumpur - Langkah Moody's Investors Service untuk mengekalkan penarafan bon tidak bercagar senior dan penerbit Kerajaan Malaysia pada A3; membuktikan ekonomi negara masih berada dalam landasan yang baik.

Jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, ia sekaligus menunjukkan usaha untuk mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global terhadap Malaysia berhasil.

Beliau berkata kerajaan akan sentiasa memantau perkembangan ekonomi global khususnya pergerakan harga minyak mentah dari semasa ke semasa bagi mengambil tindakan sewajarnya.

Morgan Stanley meramalkan harga minyak mentah kemungkinan jatuh ke paras 20 dolar amerika se-tong jika kedudukan matawang Yuan terus mengalami penurunan.



Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.