Thursday, February 27, 2020

updated 5:55 AM UTC, Feb 27, 2020

Dasar Automotif Nasional 2020 dilancar 21 Februari

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 13 Feb - Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 akan dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 21 Februari ini.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan memaklumkan, kerajaan telah mempertimbangkan semua maklum balas daripada pemain industri serta peluang penambahbaikan berbanding dasar terdahulu.

NAP2020 dirangka bagi memajukan industri automotif negara ke peringkat daya saing industri seterusnya sejajar perubahan landskap mobiliti pasaran global.

Turut ditekankan, aspek sumber bagi memastikan aliran teknologi seterusnya seiring kepesatan trend pengangkutan dan mobiliti, di samping menggalakkan penggunaan teknologi tenaga bersih.

Membina hubungan strategik bersama pemain industri juga akan diberi tumpuan bagi mempertingkat kapasiti dan pembangunan bakat tempatan.