Monday, December 9, 2019
updated 4:54 AM UTC, Dec 9, 2019

GLC digesa bantu syarikat tempatan

  • Published in Ekonomi

SUNGAI PETANI - Syarikat-syarikat tempatan khususnya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) digesa memberi sokongan yang lebih kuat terhadap produk yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan berbanding produk-produk import untuk keperluan syarikat mereka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, syarikat tempatan ternyata telah mencapai kualiti produk dan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa.

Datuk Amiruddin berkata, terdapat banyak syarikat tempatan yang telah mengeksport produk mereka ke serata dunia.

Tambahnya, kerajaan sentiasa mengalu-alukan syarikat-syarikat berskala sederhana menjadi pemacu utama ekonomi negara.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan jualan Flexitank yang ke 200,000 unit oleh syarikat My Flexitank Industries Sdn Bhd di Sungai Petani, Kedah.

Statistik menunjukkan Perindustrian Kecil dan Sederhana, PKS menyumbang sebanyak 38 peratus atau RM522 billion terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2018.

Peratusan tersebut dijangka meningkat kepada 41 peratus pada tahun 2020 dan terus berkembang pada masa akan datang.