Thursday, February 27, 2020

updated 5:39 AM UTC, Feb 27, 2020

Progam e-Tunai Rakyat tingkat kefahaman terhadap ekonomi digital

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Feb - Sejak dilancarkan, penerima program e-Tunai Rakyat bersetuju bahawa inisiatif tersebut dapat meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap ekonomi digital.

Selain itu, ia turut menarik minat orang ramai untuk terus berbelanja tanpa tunai.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kira-kira 15 juta rakyat negara ini yang berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun, layak menerima insentif berkenaan.

Tuntutan boleh dibuat melalui salah satu daripada tiga pengendali e-dompet iaitu Grab, Boost atau Touch ‘n Go.