Saturday, 8 August 2020

updated 2:14 AM UTC, Aug 8, 2020

TEKUN sasar buka cawangan Tekun Mart di setiap negeri

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Feb - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga, TEKUN Nasional menyasarkan untuk membuka Cawangan Tekun Mart di setiap negeri bermula tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata penambahan cawangan baharu itu platform terbaik bagi melatih usahawan tempatan untuk memenuhi permintaan pasaran dalam penawaran barangan.

Tambahnya, inisiatif itu antara usaha kementerian membangunkan usahawan mikro dan kecil dalam menghadapi cabaran ekonomi.

Ia sekaligus membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat menerusi penawaran harga barangan sehingga 15% lebih rendah berbanding pasaran.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan cawangan TEKUN Mart di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

TEKUN akan membuka cawangan ketiga di Melaka selepas TBS dan Lembah Subang.