Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

AS, China Bicang Isu Dagangan

  • Published in Ekonomi
Foto - Google

BEIJING - Setiausaha Perdagangan Amerika, Wilbur Ross mengadakan perbincangan perdagangan dengan pegawai China walaupun Washington telah mengumumkan sekatan pelaburan, kawalan eksport baharu serta tarif 25 peratus terhadap produk buatan China bernilai 50 bilion Dolar.

Ini selepas China memberi amaran akan mengenakan sekatan balas terhadap produk Amerika sebagai langkah mempertahan diri.

Ia sekali gus meningkatkan prospek perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.


((AFP))