Thursday, February 27, 2020

updated 3:14 AM UTC, Feb 27, 2020

Trafik penumpang ke Malaysia diunjur rendah, impak Coronavirus (COVID-19)

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Feb - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyemak unjuran trafik penumpang turun di antara 4.6 dan 5.7% tahun ini, berikutan penularan Novel Coronavirus (COVID-19).

Tahun lepas, suruhanjaya itu menyasarkan pertumbuhan antara 5 hingga 6%.

Dalam pada itu, MAVCOM akan berdepan risiko kehilangan RM4 bilion pendapatan setahun sekiranya China, Korea Selatan dan Jepun mengambil langkah sekatan terhadap penerbangan tempatan.

Ini kerana, tiga negara itu pernah mengambil tindakan tersebut terhadap Thailand berikutan penarafan Pengawal Selia Penerbangan Kategori 2, oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat.

Taraf penerbangan Malaysia yang diturunkan daripada kategori 1 kepada 2 juga menjejaskan reputasi dan kredibiliti negara.