Tuesday, June 2, 2020

updated 2:42 AM UTC, Jun 2, 2020

COVID-19 nama rasmi Coronavirus

  • Published in Berita Dunia

GENEVA, 12 Feb - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan rasminya menamakan Coronavirus baharu dengan panggilan 'COVID-19'.

Menurut WHO, ubat atau penawar pertama menyasarkan Coronavirus China boleh diperoleh dalam tempoh 18 bulan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata nama berkenaan dipilih untuk mengelak dari mengecam atau memberi nama buruk kepada orang atau tempat.

Menurut Tedros lagi, WHO ketika ini masih mengikuti strategi membendung dan meminta negara-negara dunia memerangi wabak dengan lebih agresif.

Jelas beliau, sekiranya dunia tidak mahu bangkit dari 'tidur' dan menganggap virus sebagai musuh awam nombor satu, maka dunia tidak akan belajar daripada kesilapan.