Thursday, February 27, 2020

updated 5:39 AM UTC, Feb 27, 2020

PM akan umum pakej rangsangan ekonomi bantu industri tempatan berdepan Coronavirus

  • Published in Ekonomi

PUTRAJAYA, 11 Feb - Bagi membantu industri tempatan berdepan impak penularan Coronavirus, kerajaan akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi selewat-lewatnya awal bulan depan.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat dan input berkaitan daripada pemain industri, sebelum pakej rangsangan ekonomi itu dilancar.