Wednesday, 30 September 2020

updated 3:00 AM UTC, Sep 30, 2020

AirAsia teroka cabang perniagaan konsep gaya hidup fesyen

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 11 Feb - AirAsia meneroka cabang perniagaan lain dengan menumpukan kepada konsep gaya hidup fesyen.

Syarikat itu kini menjalin kerjasama dengan Pestle & Mortar Clothing (PMC) bagi melancarkan koleksi kapsul eksklusif "PMC x AirAsia: S.E.A. Pride’ untuk mengetengahkan keunikan budaya Asia Tenggara.

Menurut Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia, Rudy Khaw, ia dapat membuka peluang kepada pereka di rantau ini, mempromosi nama dan rekaan mereka menggunakan rangkaian AirAsia yang lebih meluas.

Koleksi itu merupakan hasil pereka Asia Tenggara, antarnya dari negara Malaysia, Vietnam, Kemboja, Thailand, Filipina dan Singapura.