Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

1 Daripada 6 Pelantar Minyak Repsol Oil And Gas Malaysia Limited Beroperasi

  • Published in Ekonomi

TERENGGANU  - 1  daripada 6  pelantar minyak Repsol Oil And Gas Malaysia Limited dalam kawasan Pembangunan Bersama Bunga Pakma Petronas dan Petro Vietnam, sudah mula mengeluarkan hasilnya.

Jelas Pengarah Unit Perniagaan Repsol Malaysia, Jorge Milathianakis pelantar pengeluaran pertama itu mempunyai kapasiti untuk menghasilkan lebih 150 juta kaki padu gas sehari.

Sebahagian besar daripada gas yang dihasilkan pelantar tersebut akan dibeli Vietnam dan bakinya adalah untuk kegunaan negara ini.

Repsol telah menyumbang kepada hasil minyak dan gas negara sejak 2011.

Bercakap kepada RTM dalam lawatan ke platform Bunga Pakma di sempadan perairan Malaysia - Vietnam, beliau berkata, pelantar Bunga Pakma A sudah mula mengeluarkan gas sebanyak 50 juta kaki padu gas sehari sejak 12 Mei lalu.

((RTM))