Thursday, February 27, 2020

updated 5:28 AM UTC, Feb 27, 2020

50% projek skala besar dinilai menerusi Infrastar

  • Published in Ekonomi

KLANG, 11 Feb - Sekurang-kurangnya 50% projek bernilai lebih RM100 juta akan dinilai menggunakan Penarafan Infrastruktur Mampan (INFRASTAR).

Menteri Kerja Raya Baru Bian menjelaskan, melalui kaedah itu pemain industri bakal mendapat pelbagai manfaat, termasuk pengurangan kos pembinaan dan operasi sekiranya menggabungkan unsur kelestarian pada peringkat reka bentuk.

Menyokong hasrat itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan menanggung kos penilaian di antara RM8,000 dan RM30,000 bergantung kepada skala projek.

Baru Bian mengadakan tinjauan ke Projek Depoh LRT3 di Johan Setia, Klang.

Pembinaan LRT3 merupakan projek kereta api pertama negara menggunakan teknologi dinamakan "U-Through" yang membolehkan komponen pembinaan jajaran dilakukan di tapak berpusat dan terkawal.