Tuesday, 14 July 2020

updated 12:35 PM UTC, Jul 14, 2020

NAP 2020, jangka dilancar 21 Februari ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 11 Feb - Dasar Automotif Nasional (NAP) dijangka akan dilancarkan pada 21 Februari ini.

Jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking, ia akan diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Perdana Kementerian dan Agensi di bawah MITI.

NAP tersebut dijangka meliputi beberapa tambahan konsep baharu industri automotif, seperti kenderaan generasi baharu, perkhidmatan mobiliti, Revolusi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan.