Saturday, 8 August 2020

updated 2:27 AM UTC, Aug 8, 2020

Projek Kluster Nanas Lestari lahirkan lebih ramai usahawan muda tanaman nanas kategori B40

  • Published in Ekonomi

MERSING, 10 Feb - Projek Kluster Nanas Lestari akan dilakukan di tanah terbiar yang dikenal pasti di seluruh negara.

Jelas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub, projek bakal dijalankan secara kekal menerusi zon atau kluster untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda tanaman nanas kategori B40 pada masa akan datang.

Beliau merasmikan Projek Kluster Tanaman Nanas Lestari kepada 12 orang peserta B40 di Tanah Abang, Mersing Johor.

Setiap peserta diperuntukkan 10 ekar tanah secara berfasa dan dibekalkan 200,000 anak pokok.

Mereka juga diberi bantuan geran RM20,000 daripada Unit Agropreneur Muda MOA bagi pembekalan input pertanian dan peralatan.