Wednesday, 30 September 2020

updated 3:34 AM UTC, Sep 30, 2020

Tiada sekatan barangan import dari negara terlibat Coronavirus

  • Published in Ekonomi

KAJANG, 10 Feb - Tiada sebarang sekatan ke atas barangan import dari negara-negara yang terlibat dengan Coronavirus memandangkan ia bukan agen penyebar virus.

Selain itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga mengadakan mesyuarat dengan sektor pembuatan tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini tentang barangan import dari China.

Timbalan Menterinya Ong Kian Ming menjelaskan, langkah itu penting bagi menilai kesan penularan Coronavirus terhadap sektor pembuatan memandangkan sektor itu antara penyumbang utama pendapatan negara.

Beliau mengulas perkara itu pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MIDF di Selangor.

Tambahnya untuk jangka masa panjang, penularan wabak global Coronavirus tidak akan memberi kesan kepada unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar keseluruhan tahun ini pada 4.8%.