Tuesday, July 7, 2020

updated 2:27 AM UTC, Jul 7, 2020

Walscheid kuasai peringkat ke-3 LTdL 2020

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 10 Feb - Petronas Le Tour de Langkawi, LTdL 2020.

Pelumba Sapura Cycling, Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff muncul pelumba tempatan ke-2, menyarung jersi Raja Bukit dalam sejarah perlumbaan LTdL pada saingan peringkat ke-3 Temerloh ke Kuala Lumpur.

Rakan sepasukan Aiman, Ahmet Orken turut meraih podium tempat ke-3 meski perlumbaan dikuasai Pelumba NTT Pro Cyling, Maximillian Richard Walscheid.

Nur Aiman yang menggunakan strategi mengikuti rapat kelompok pendahulu berhasil meraih mata maksimum di dua zon pecutan, Bukit Damar dan Bentong.

Namun masalah tayar pancit di zon pendakian kategori 1 Genting Sempah, menyebabkan Aiman terlepas mata maksimum sekadar meraih tempat kedua.

Namun sudah cukup mengesahkan Jersi Merah buat dirinya yang meraih 16 mata.

Sementara penyarung jersi keseluruhan pelumba, Yevgeniy Fedorov dari Pasukan Astana Motors berjaya mengekalkan kelebihan 9 saat meskipun menamatkan pelumbaan di tempat ke-24.

Buat pelumba Jelajah Dunia, Maximillian Richard Walscheid dari NTT Pro Cyling, ini kejayaan kedua diraihnya selepas menguasai Perlumbaan Kriterium di Sabah.

Walscheid turut berjaya merampas jersi raja pecut dari Fedorov dengan kelebihan 13 mata.

HARI INI tumpuan perlumbaan adalah 'Queen Stage' Putrajaya ke Genting Highland' sejauh 156.1 kilometer dengan zon pendakian kategori HORS di Genting Highlands.