Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Kawasan kubu terakhir dikuasai pemberontak Syria dirampas semula

  • Published in Berita Dunia

ALEPPO, 10 Feb - Pasukan tentera kerajaan Syria berjaya merampas semula lebih 600 kilometer persegi kawasan kubu terakhir dikuasai pemberontak di wilayah Idlib dan Aleppo.

Menurut jurucakap tentera Syria, puluhan kawasan bandar dan perkampungan berjaya dirampas sejak beberapa hari kempen merebut kawalan kubu pemberontak dijalankan.

Di Idlib, kawasan utama dan terakhir kumpulan pembangkang kepada Presiden Bashar al-Assad, telah mendorong lebih setengah juta penduduk melarikan diri ke sempadan Turki yang telah ditutup laluannya.

Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria berpangkalan di United Kingdom, 430 kenderaan tentera Turki telah melintasi Idlib dalam tempoh 24 jam pada Sabtu.

Ankara telah memperkukuhkan kawalan tentera di Idlib kerana kemaraan tentera Syria dan sekutu mereka memberi ancaman kemanusiaan kepada penduduknya.