Wednesday, 30 September 2020

updated 3:34 AM UTC, Sep 30, 2020

Kaji impak pakej ransangan sosial sebelum dilaksanakan - Lim Guan Eng

  • Published in Ekonomi

SEBERANG JAYA, 9 Feb - Kementerian Kewangan tidak akan terburu-buru melaksana pakej rangsangan sosial sebaliknya kajian impak pelaksanaannya perlu diutamakan.

Jelas Menterinya Lim Guan Eng, kerangka dan penilaian terperinci perlu dibuat, supaya pihak yang terjejas akan dapat dibantu.

Semalam, Guan Eng menyatakan akan berjumpa dengan pemain industri pelancongan negara esok bagi membincangkan isu-isu dalam sektor pelancongan termasuk kesan sektor itu akibat penularan Coronavirus.

Beliau menyatakan perkara itu pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina 2020 Jabatan Kastam Pulau Pinang di Kompleks Kastam Seberang Jaya.