Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

MyTukar.com Tawar Tempoh Waranti Kereta Terpakai Hingga 6 Bulan

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Bagi mengukuhkan lagi platform e-dagang yang memudahkan pemilik kenderaan dan penjual dalam traksaksi penjualan kenderaan dalam talian, MyTukar.com menandatangani perjanjian persefahaman dengan Guard My Ride Sdn Bhd (GMR), syarikat waranti kenderaan.

Perjanjian itu bertujuan menarik lebih ramai pemilik kenderaan yang berhasrat menjualnya dan peniaga kereta terpakai membida harga kenderaan dengan penawaran pelanjutan tempoh waranti kenderaan sehingga enam bulan.

Pengurus Besar MyTukar.com, Kevin Neon, memberitahu Bernama, setakat ini sebanyak 431 penjual dan peniaga kereta terpakai di seluruh negara telah mendaftar dengan platform itu.

Beliau berharap usahasama antara MyTukar.com dan GMR dapat menarik lebih ramai lagi penjual dan peniaga kereta terpakai mendaftar dengan kami dan meraih ramai pembida untuk membida kenderaan yang diingini."

Daripada jumlah yang telah mendaftar, 60 peratus merupakan penjual dan peniaga kereta terpakai yang aktif membida.

Neon ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian itu di Kuala Lumpur

((BERNAMA))