Tuesday, June 2, 2020

updated 1:05 AM UTC, Jun 2, 2020

RM30 juta diperuntuk bagi menambah 150 taska di tempat kerja sektor awam

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 7 Feb - Sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi menambah 150 taska di tempat kerja sektor awam.

Peruntukan itu meningkat tiga kali ganda daripada tahun lepas.
Fokus utama kali ini adalah di hospital dan sekolah,juga di agensi-agensi yang mempunyai kakitangan yang bekerja shif.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat,JKM telah menambah baik tatacara permohonan dan prosedur pelaksanaan penyaluran peruntukan ini.

Mana-mana agensi yang masih belum mempunyai Taska digalak membuat permohonan.
Beliau merasmikan Majlis Perasmian Taska Parlimen Malaysia di ibu negara.

Pembinaan Taska di Parlimen bagi memudahkan urusan pegawai dan kakitangan terutama yang bekerja shif atau lebih masa selain menyediakan ruang asuhan yang selesa.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah juga berharap semua pihak dapat memastikan Taska yang disediakan beroperasi mengikut garis panduan dan peraturan.

Sehingga Januari 2020,sebanyak 241 buah Taska sudah beroperasi di tempat kerja bagi sektor awam.