Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

MAHB catat untung bersih RM160.08 juta suku kedua tahun ini

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Untung bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2019, melonjak kepada RM160.08 juta berbanding RM86.12 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Hasil meningkat kepada RM1.26 bilion berbanding RM1.15 bilion sebelumnya.

MAHB memaklumkan , bagaimanapun bagi separuh pertama tahun ini, keuntungan bersih MAHB merosot kepada RM309.66 juta berbanding RM530.72 juta tahun lepas.

Manakala hasil meningkat kepada RM2.51 bilion berbanding RM2.37 bilion sebelumnya.

Operasi lapangan terbang mencatat pertumbuhan pendapatan 9.6 peratus kepada RM1.19 bilion.

Manakala operasi bukan lapangan terbang meningkat 2.7 peratus atau RM69.1 juta.

Ia berikutan hasil yang lebih tinggi daripada projek dan perniagaan penyelenggaraan.
Keseluruhannya, operasi Malaysia merekodkan pendapatan sebanyak RM904.3 juta dengan pertumbuhan 10.2 peratus.

Manakala operasi Turki dan Qatar mencatat pertumbuhan pendapatan, masing-msing sebanyak 6.1 peratus kepada RM318.2 juta dan 12.5 peratus kepada RM38.7 juta.

Keputusan positif ini disokong oleh pertumbuhan dalam operasi lapangan terbang, susulan pertumbuhan yang berterusan dalam pergerakan penumpang dan pesawat.

Unjuran kapasiti tempat duduk penerbangan pada masa depan kekal positif, terutama bagi sektor domestik.

Pembetulan dan penyepaduan lalu lintas domestik dijangka berterusan.