Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

FGV cari rakan strategik jalin kerjasama tingkatkan perniagaan gula

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd (FGV) berusaha mendapatkan rakan strategik terbaik bagi unit perniagaan gulanya, MSM Malaysia Holdings Berhad.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Haris Fadzilah Hasan berkata pihaknya memerlukan lebih banyak masa sebelum membuat keputusan, memandangkan pasaran gula ketika ini agak lemah.

Sebagai rakan strategik, pihaknya ingin mendapatkan pulangan tinggi dengan menjalin kerjasama yang tepat untuk kedua-dua entiti.

Datuk Haris turut menyatakan syarikatnya banyak terlibat dalam perniagaan makanan.

Justeru, pihaknya merancang untuk menjadikan minyak sawit mentah dan gula sebahagian daripada perniagaan mereka.

MSM Malaysia Holdings Berhad, merupakan pengeluar gula yang mengawal 60 peratus pasaran gula di Malaysia.

Syarikat itu mengalami kerugian kebelakangan ini, berikutan lebihan bekalan, jualan yang rendah dan menanggung kos penapisan yang tinggi.