Wednesday, 30 September 2020

updated 2:06 AM UTC, Sep 30, 2020

TH anjur kempen 'Simpan, Daftar dan Menang' buat pertama kali

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 6 Feb - Buat julung kalinya, Tabung Haji (TH) menganjurkan kempen 'Simpan, Daftar dan Menang' selepas pertukaran konsep tabungan TH daripada 'Wadiah Yad Dhamanah' kepada 'Wakalah'.

Fokusnya, bagi menarik minat pendeposit untuk menyimpan dan menambah simpanan selain mendaftar haji.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Husyudeen Yusoff, pendeposit yang menyertai kempen ini berpeluang memenangi hadiah berupa pakej umrah dan wang tunai RM300,000.

"Ini ialah kempen untuk kita galakkan pendeposit menambahkan deposit mereka di TH. Kalau dia tambah deposit lebih 5k dia akan layak untuk masuk dalam cabutan bertuah," jelas beliau.

Selain itu, TH juga telah melancarkan perkhidmatan digital terbaharu 'THiJARI', bagi memudahkan para pendeposit untuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang serta perkhidmatan haji dalam talian.

Terdahulu, beliau melancarkan 'Platform Laman Digital Thijari' serta kempen 'Simpan, Daftar dan Menang' di ibu negara.