Wednesday, 30 September 2020

updated 2:06 AM UTC, Sep 30, 2020

Permintaan hartanah tempatan dijangka lebih baik bagi tahun 2020

  • Published in Ekonomi

 

SHAH ALAM, 6 Feb - Permintaan terhadap pasaran hartanah tempatan dijangka lebih baik tahun ini, berikutan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas oleh Bank Negara.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group Bhd, Tan Sri Lim Hock San optimis, langkah berkenaan akan membantu syarikat itu mencapai sasaran jualannya bernilai RM1.6 bilion tahun ini.

Walaupun pasaran hartanah diunjur kekal mencabar, LBS Bina akan terus membangunkan kediaman berdasarkan permintaan pelanggan, selain mengutamakan harga dan lokasi pilihan.

Tahun lalu, LBS Bina berjaya melepasi sasaran jualannya dengan mencapai RM1.63 bilion.

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada 22 Januari lalu, menetapkan OPR turun dari 3 peratus kepada 2.75 peratus.

Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor.