Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Penggunaan aplikasi SETEL, berkembang ke luar Lembah Klang

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR, 6 Feb - Aplikasi pembayaran minyak digital, SETEL kini berkembang ke luar Lembah Klang dan boleh digunakan di lebih 700 stesen Petronas seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SETEL, Iskandar Ezzahuddin, sejak diperkenalkan pada Julai 2018, aplikasi tersebut telah mendapat respon menggalakkan daripada pengguna dan beliau yakin, ia kini bersedia untuk meraih lebih ramai pengguna.

Sehingga bulan Januari, tiga juta transaksi telah direkodkan dengan lebih 60 peratus merupakan transaksi berulang.

Pihaknya berhasrat untuk memastikan aplikasi tersebut boleh digunakan di semua stesen Petronas setelah mengatasi beberapa kekangan antaranya faktor lokasi stesen yang berada di luar bandar.

Selain bagi tujuan pembayaran mengisi minyak, SETEL juga mengintegrasikan fungsi program kesetiaan Kad Mesra Petronas, peruncitan dan e-dagang di dalam satu aplikasi.