Tuesday, June 2, 2020

updated 12:58 AM UTC, Jun 2, 2020

Bekas Ketua Polis Negara akan dipanggil polis, dakwa parti politik tertentu punya agenda hidupkan ideologi komunis

  • Published in Nasional

MELAKA, 5 Feb - Polis akan memanggil BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, susulan dakwaan beliau yang sebuah parti politik tempatan punya agenda untuk menghidupkan semula ideologi komunis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan berhubung isu berkenaan sedang berjalan susulan beberapa laporan yang telah diterima.

Keperluan memanggil mana-mana individu yang disyaki terlibat ialah prosedur biasa bagi mengumpul bahan bukti sebelum kertas siasatan dilengkapkan.

Pihak polis juga sedang melakukan analisis terhadap kandungan rakaman video yang didakwa disampaikan Tan Sri Musa.

Terdahulu, tular klip video syarahan kontroversi Tan Sri Musa dalam sesi wacana isu Perjanjian Damai Hat Yai 1989 di sebuah universiti tempatan pada 1 Disember tahun lalu.

Kira-kira 300 individu menghadirinya sebagai memperingati perjanjian antara PKM dan Kerajaan Malaysia.