Tuesday, July 7, 2020

updated 1:57 AM UTC, Jul 7, 2020

298 lagi rakyat Malaysia di lapan wilayah China akan dibawa pulang

  • Published in Berita Semasa

PAHANG, 5 Feb - 298 rakyat Malaysia yang berada di lapan wilayah di China termasuk Taipei akan dibawa pulang, ekoran penularan Coronavirus.

Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Saifudin Abdullah, mereka termasuk 34 pegawai Wisma Putra, dan 298 pegawai dari agensi-agensi lain termasuk ahli keluarga mereka.

Jumlah teramai yang akan dibawa keluar ialah di Beijing membabitkan 104 orang.

Mereka yang tinggal di bandaraya itu, selain di Guangzhou, Hong Kong, Kunming, Nanning, Shanghai, Xi'an dan Taipei akan dibawa pulang melalui pesawat komersial yang ditanggung kerajaan.

Bagaimanapun, mereka akan melalui tapisan kesihatan yang ditetapkan.

Datuk Seri Saifudin menjelaskannya pada majlis sepakat Komuniti Tahun Baru Cina, di Rumah Sejahtera Bentong, Pahang.