Wednesday, 30 September 2020

updated 2:06 AM UTC, Sep 30, 2020

Malaysia berjaya kekalkan jumlah dagangan lebih RM1 trilion untuk 10 tahun berturut-turut

  • Published in Ekonomi

 

KUALA LUMPUR, 5 Feb - Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan lebihan dagangan sebanyak RM137.4 billion pada tahun lepas berbanding RM123.78 billion pada tahun sebelumnya.

Ia sekaligus merekodkan lebihan dagangan terbesar sejak tahun 2009 dan lebihan dagangan yang ke-22 berturut-turut sejak tahun 1998.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, jumlah dagangan menguncup 2.5 peratus, eksport susut 1.7 peratus manakala import jatuh 3.5 peratus.

"Sebahagian daripadanya boleh disebabkan kelembapan rantaian bekalan global untuk produk E dan E terutamanya di bahagian eksport semula. Kita tidak perlu terlalu bimbang selagi sektor pembuatan domestik boleh terus berkembang," jelasnya kepada media.

Tambah beliau, walaupun berhadapan pelbagai ketidaktentuan, Malaysia masih berjaya mengekalkan jumlah dagangan lebih 1 trillion ringgit untuk 10 tahun berturut-turut.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas membentangkan prestasi perdagangan Malaysia bagi tahun 2019 di ibu negara.