Tuesday, June 19, 2018
vital-top
updated 8:05 AM UTC, Jun 19, 2018

Pembeli Kereta Proton Nikmati Harga Pada Kadar Sifar GST

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Pembeli kereta Proton akan menikmati harga berkadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa serta-merta walaupun kadar baharu GST hanya akan dilaksanakan mulai 1 Jun.

Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) berkata harga yang ditawarkan kekal pada kadar sama sehingga pelaksanaan kadar sifar GST.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan memaklumkan semua pelanggan akan ditawarkan pilihan antara rebat tunai segera atau baucar servis yang mempunyai nilai bersamaan kepada perbezaan antara harga kereta semasa dan akan datang, berkuat kuasa Jun.

Pembuat kereta nasional itu berkata pelanggan juga akan menikmati inisiatif jualan yang menarik bulan ini, yang memudahkan lagi orang ramai untuk memiliki kereta Proton.

((BERNAMA))