Logo

Aliran keluar jangka pendek pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing bagi tempoh 12 bulan telah dikenalpasti BNM

KUALA LUMPUR, 3 Feb - Aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) berakhir Disember 2019 berjumlah USD103.61 bilion, manakala aset mata wang asing lain, mencecah USD415.1 juta.

Menurut kenyataan bank pusat itu, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenalpasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing adalah USD4.19 bilion.

Ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan pembayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing.

Menurut BNM, satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka adalah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah USD336.6 juta.

Selain itu, rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa serta bank dan institusi kewangan lain.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.