Monday, August 20, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Pekebun Kecil Getah Boleh Buat Tuntutan Insentif Pengeluaran Getah

  • Published in Ekonomi
Foto: Google

KUALA LUMPUR - Pekebun kecil getah boleh membuat tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (I-P-G), berdasarkan pengeluaran pada April lalu, mulai 2 hingga 31-Mei.

Menurut kenyataan Lembaga Getah Malaysia (L-G-M), tuntutan I-P-G itu boleh dibuat di pejabat L-G-M di semenanjung, di Jabatan Pertanian Sarawak, dan di Lembaga Industri Getah Sabah.


Kenyataan sama menyebut, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap pada April adalah seringgit-95-sen sekilogram di semenanjung, Sabah seringgit-60-sen sekilogram, dan Sarawak seringgit-70-sen, sekilogram.

((BERNAMA))