Thursday, February 20, 2020

updated 8:32 AM UTC, Feb 20, 2020

Belia disaran ceburi Askar Wataniah bentuk disiplin diri disamping bantu masyarakat

  • Published in Nasional

BUKIT BERUANG, 2 Feb - Golongan belia dan penuntut institusi pengajian tinggi disaran menceburi Askar Wataniah dalam usaha membentuk disiplin diri selain membantu memberi
khidmat sosial kepada masyarakat.

Menurut Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Melaka, Adly Zahari, ini secara tidak langsung dapat menerapkan budaya positif dalam membantu masyarakat.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan penglibatan golongan ini dengan membantu menyedia kemudahan pemeriksaan percuma, pengecualian yuran laporan perubatan dan pelbagai insentif lain.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perbarisan Pembukaan Latihan Tempatan Sukarela Rejimen 514 Askar Wataniah di Bukit Beruang Melaka.

Perbarisan disertai seramai 25 pegawai dan 100 anggota berlainan pangkat.

Dalam pada itu, beliau yakin latihan yang diadakan dapat meningkatkan kompetensi Askar Wataniah selari dengan konsep kertas putih yang menggariskan angkatan sukarela sebagai tunjang utama dalam menjaga kedaulatan negar