Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

Operasi LRA Pagoh, 148,805 penduduk dapat manfaat

  • Published in Berita Semasa

MUAR, 31 Jan - Kira-kira 148,805 pengguna air di Muar, Johor kini mampu nikmati kemudahan bekalan air bersih secara berterusan apabila Loji Rawatan Air (LRA) Pagoh mula beroperasi sepenuhnya pada 25 Januari lalu. 

Loji berkapasiti 40 juta liter sehari itu, dibina bagi memenuhi permintaan bekalan air di Pagoh, terutamanya untuk
pembangunan Hab Pendidikan.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, pembinaan itu dibuat sebagai usaha penambahbaikan sistem bekalan air sedia ada di kawasan yang menerima bekalan daripada LRA Panchor 1,2,3 dan 4.

"Kita sedia maklum kawasan pagoh dan muar kawasan pesat membangun. Kalau di Pagoh ada hab Pagoh, di Muar ada Muar Furniture Park, so dengan siapnya loji ni harap tiada lagi masalah air di sini," katanya kepada media selepas melawat LRA Pagoh di Muar.

LRA Pagoh yang dibina melalui Pengurusan Aset Air Berhad melibatkan kos RM105 juta untuk pembinaan loji baharu dan RM9.7 juta untuk membina rumah pam air terawat, tangki pengimbang serta sistem rangkaian paip.