Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Pusat Pertanian Lekir Bakal Jadi Bank Tanaman Buah Terbesar Perak

  • Published in Ekonomi

SITIAWAN - Pusat Pertanian Daerah Lekir bakal menjadi bank tanaman buah-buahan terbesar di Perak bagi pengeluaran anak dan tunas pokok, kata Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Operasi Jabatan Pertanian Malaysia Abdul Daut.

Beliau berkata bank tanaman seluas 30 hektar itu juga bertujuan memulihkan dusun sedia ada dengan pengeluaran klon pokok buah-buahan yang berkualiti tinggi.

Beliau berkata pada sidang media  selepas  merasmikan Program Gerak Tani Nasional Pusat Bank Tanaman Buah-Buahan di Pusat Pertanian Daerah  Lekir, di sini.

Abdul berkata pusat tanaman ketiga di Perak selain di Degong, Langkap dan Manong, Kuala Kangsar itu akan diusahakan secara berperingkat yang mana fasa pertama iaitu lebih 600 anak pokok pelbagai jenis buah-buahan termasuk nangka dan rambutan ditanam di tanah seluas enam hektar telah bermula hari ini.

 

Abdul berkata pusat bank tanaman ketiga di Perak selain Degong di Langkap dan Manong, Kuala Kangsar itu akan diusahakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan penanaman lebih 600 anak pokok di atas tanah seluas enam hektar bermula hari ini.

Beliau berkata bagi fasa kedua yang meliputi kawasan seluas 10 hektar, kerja-kerja penanaman anak pokok bermula tahun depan manakala fasa ketiga yang meliputi kawasan seluas 14 hektar akan dijalankan pada 2020.

((BERNAMA))