Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

SC Optimis Kerajaan Baharu Wujud Persekitaran Ekonomi Positif

  • Published in Ekonomi
Foto - Bernama

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia optimis kerajaan baharu Pakatan Harapan dapat mewujudkan persekitaran ekonomi yang positif khususnya bagi pasaran modal tempatan. 

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Ranjit Ajit Singh yakin ketidaktentuan dalam pasaran ketika ini hanya bersifat sementara.

Menurut Tan Sri Ranjit, pentadbiran kini sudah memberikan petunjuk yang akan dilaksanakan dari segi pembangunan ekonomi yang secara langsung turut memberi faedah kepada landskap pasaran modal Malaysia.

Jelasnya, pasaran modal Malaysia mencatatkan prestasi terbaik tahun lalu dengan peningkatan 12.6 peratus menjadi 3.2 trilion ringgit disokong perantara kukuh dalam institusi kewangan dan pengurusan dana.

Beliau yakin prestasi ini dapat dikekalkan pada tahun-tahun seterusnya.

Tan Sri Ranjit bercakap kepada media selepas merasmikan Persidangan Asia Pasifik SC-Bank Dunia dan Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO).

((RTM))