Monday, May 25, 2020

updated 10:25 AM UTC, May 25, 2020

Wabak koronovirus di Malaysia belum berada pada tahap kritikal.

  • Published in Nasional


KLANG,SELANGOR,
26 Jan - Wabak koronovirus di Malaysia belum berada pada tahap kritikal.

Justeru, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan pendirian untuk tidak menghalang pelancong dari China ke negara ini.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan, kerajaan akan terus menjalankan saringan dan pemeriksaan terhadap pelancong terutama dari China, di semua pintu masuk negara.

Perdana Menteri menyatakannya di Klang Selangor, selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Hokkien.

Jelas beliau, rakyat Malaysia yang melancong keluar negara juga tidak terkecuali daripada menjalani saringan semasa berlepas dan kembali semula ke negara ini.
Ia bagi memastikan mereka bebas daripada wabak berkenaan.

Mereka yang didapati mengalami simptom koronavirus akan turut dikuarantin.