Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

Stok minyak sawit mentah turun 0.79 peratus pada Julai 2019 - MPOB

  • Published in Ekonomi

KUALA LUMPUR - Jumlah stok minyak sawit Malaysia pada Julai 2019 turun 0.79 peratus kepada 2.39 juta tan metrik daripada 2.41 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam laporan ‘Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia bagi Bulan Julai 2019’ yang dikeluarkan hari ini menyatakan stok minyak sawit mentah (MSM) turun 0.72 peratus kepada 1.34 tan metrik daripada 1.35 tan metrik pada bulan sebelumnya manakala stok minyak sawit diproses susut 0.88 peratus kepada 1.055 juta tan metrik daripada 1.64 tan metrik sebelumnya.

MPOB berkata pengeluaran MSM meningkat 15.06 peratus kepada 1.74 tan juta metrik berbanding 1.51 tan metrik pada Jun.

Pengeluaran isirung sawit naik 15.60 peratus kepada 411,701 tan metrik pada Julai daripada 355,397 tan metrik pada bulan sebelumnya.

Eksport minyak sawit meningkat 7.37 peratus kepada 1.49 juta tan metrik daripada 1.49 juta tan metrik pada Jun, manakala eksport oleokimia bertambah 13.40 peratus kepada 288,251 tan metrik daripada 254,188 tan metrik.

Eksport biodiesel pada bulan yang sama juga naik 154.40 peratus kepada 78,920 tan metrik daripada 31,022 tan metrik manakala eksport dedak isirong meningkat 1.67 peratus kepada 218,501 tan metrik daripada 214,915 tan metrik sebelumnya.

Sementara itu, eksport minyak isirung sawit jatuh 2.63 peratus pada Julai 2019 kepada 83,806 tan metrik daripada 86,066 tan metrik dicatatkan pada Jun.