Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Jepun Tawar Teknologi Pengenalan Wajah Termaju Untuk Projek HSR KL-Singapura

  • Published in Ekonomi
Foto: Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jepun menawarkan teknologi pengenalan wajah termaju yang akan memastikan perjalanan lancar antara bandaraya Kuala Lumpur dan Singapura, sebagai sebahagian daripada bidaannya bagi projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) KL-Singapura.

Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa, berkata antara kekuatan Jepun dalam bidaan itu ialah kepelbagaian pakej pembiayaannya, termasuk terbitan bon sukuk, sambil menambah bahawa kos keseluruhan projek tersebut bergantung kepada kekerapan, kelajuan dan sistem imigresen yang diperlukan.

Rekod kemalangan sifar keretapi laju Jepun atau shinkansen, akan menjadi satu lagi faktor kukuh dalam bidaannya ke atas projek yang dianggarkan bernilai RM 50 bilion hingga 60 bilion.

((BERNAMA))