Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

ADB Mengulangi Kesungguhannya Untuk Hapus Kemiskinan Di Negara Rantau Asia Dan Pasifik.

  • Published in Ekonomi
Foto: AFP

Bank Pembangunan Asia, ADB mengulangi kesungguhannya untuk menghapuskan kemiskinan di negara rantau Asia dan Pasifik.

Presidennya, Takehiko Nakao turut menyatakan strategi jangka panjang baru ADB bagi tahun 2030.

Dalam ucapan perasmian mesyuarat tahunan Lembaga Gebenor bank berkenaan di Manila beliau menjelaskan strategi 2030 itu akan menangani cabaran sedia ada dan pada masa depan.

Antaranya menggalakkan pembangunan luar bandar, keselamatan makanan dan meningkatkan kerjasama serantau.


((AFP))